Monday, May 24, 2010


KUNCI2 KEJAYAAN
Ramai orang sering bertanya, apakah kunci kejayaan? Apakah kunci yang membuka kepada kejayaan kita? Jika kita tahu kunci yang satu ini, pasti lebih mudah jalan kita menuju kejayaan. Sering juga kita berfikir, apakah jawapan yang pasti untuk kejayaan. Bagi setiap manusia, kunci kejayaan adalah berbeza2.

Namun begitu, saya sempat menggariskan 4 perkara di bawah ini sebagai antara anak kunci terpenting yang membawa kita kepada kejayaan.

1. Kaji & Ketahui Matlamat / Idea
Jika kita tidak mengetahui apa yang kita mahukan maka ia bermakna kita tidak ada hala tuju. Matlamat / idea akan menjadikan perjalanan kita berarah. Bayangkan sahaja kita bangun pagi, bersiap-siap dan masuk ke dalam kereta. Enjin dihidupkan dan kemudian kita tidak tahu pun kita mahu ke mana. Sekadar berpusing-pusing keliling kota tanpa mengetahui mahu ke mana adalah satu pembaziran masa. Bukan sahaja masa terbazir, duit juga terbazir kerana perlu mengisi minyak kereta. Dengan mengetahui matlamat kita, perjalanan hidup kita akan berarah & terarah.

  2. Buat Perancangan / Strategi
Jika kita tidak merancang strategi kita, mana mungkin kita boleh mencapai kejayaan kita. Para pelari pecut balapan 100meter pun berlatih setiap hari untuk memastikan mereka dapat memecahkan rekod (matlamat). Ada strategi yang di ambil kira, termasuk kekerapan latihan, teknik larian, pemakanan dan pengurusan emosi. Kita? Matlamat kita? Jika matlamat kita mahu berkahwin tahun ini, maka kita perlu merancang segala perjalanan majlis dan menguruskan perbelanjaan. Kerana jika tidak, mana mungkin kita dapat mengadakan sebuah majlis perkahwinan. Semuanya perlu perancangan & strategy. Perancangan yang luarbiasa menghasilkan keputusan yang luarbiasa.

 3. Jangkakan Kejayaan
Ini berkait rapat dengan kemahuan kita untuk berjaya. Pengurusan kepercayaan diri sendiri. Jangan sekali-sekali sabotaj diri sendiri. Kita sudah ada matlamat, kita sudah ada plan atau perancangan. Tapi kita tak berapa yakin plan atau perancangan kita akan menjadi. Kita gusar jika kita gagal. Di sini ramai orang berhenti. Ya, berhenti dari meneruskan usaha mereka. Hanya kerana ragu-ragu. Kita perlu yakin dengan usaha kita. Dan ingat, jika apa yang kita mahukan itu terbaik untuk kita, maka doa kita akan di makbulkan tidak kira cepat atau lambat. Tapi jika ia terjadi seperti sebaliknya, percayalah ALLAH Maha Mengetahui. ALLAH tahu ada yang lebih baik dari apa yang kita rancangkan itu. Hidup ini indah sebenarnya. Kita yang mewarnai kehidupan kita.


  4. Just Do It
Selepas kita memperbaiki kepercayaan diri kita sendiri. Kini adalah masa untuk bertindak dan melakukan mengikut rancangan kita.

LAKUKANLAH!!!

Ramai orang meninggalkan langkah terakhir ini. Kenapa? Mereka takut. Ia juga berkait rapat dengan pengurusan sistem kepercayaan diri. Jika kita takut dengan langkah pertama, mana mungkin ada langkah kedua & seterusnya.

Kita ambil contoh yang zahir dalam kehidupan kita semua. Jika seorang lelaki tidak berani melamar seorang gadis pujaannya untuk di jadikan isteri (berkahwin), sudah tentulah sampai bila tidak ke mana-mana. Malahan jika nasib kita tidak baik, tentulah berputih mata. Sedar-sedar, si gadis sudah disunting orang lain.

Sudah pasti ada orang tersenyum membaca contoh mudah ini. Jika kita memahami konsep ini, kenapa pula tidak gunakan konsep ini dalam kejayaan kita? Dalam matlamat kita? Jika tidak ada langkah pertama, macam mana pula nak ada langkah kedua? Mustahil bukan? Jadi, jangan berlengah-lengah.

UNTUK MENCAPAI LANGKAH2 KEJAYAAN, KITA PERLU MEMULAKAN DENGAN LANGKAH PERTAMA.

YAKINLAH PADA DIRI KITA & ARAH TUJU KE IMPIAN KITA.

JANGAN BIARKAN ORANG LAIN MENCURI IMPIAN KITA.

BERTINDAKLAH SEGERA!!!!



PELUANG PERNIAGAAN
*********************************************
Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi:
M.Hashim  H/P: +65 90044341
hashimsurnan@gmail.com

***********************************************